Biji Getah
Belimbing Buluh.
Berdetap-detap
bunyi biji getah jatuh ke atas atap zink. Mak Limah mengasah parang penebasnya
hingga berkilat.
Fajar mula
menyinsing. Selesai mengasah, Mak Limah masukkan parang ke dalam guni plastik.
Mak Limah melangkah perlahan-lahan ke kebun getahnya.
“Banyak juga
biji getah yang jatuh pagi ni ye”. Aisyah menyapa sambil mengekori di belakang
Mak Limah.
“Ye, ada
masa dapatlah seguni ni”. Mak Limah tebongkok-bongkok sambil jemarinya rancak
memungut biji getah di celah-celah rumput.
Baru pertama
kali Aisyah menjejakan kakinya ke daerah pedalaman ini. Setelah tamat pengajian
perguruan di Kuala Lumpur, dia di hantar bertugas ke Sekolah Kebangsaan Kampung
Pagi.
“Eee.....Makcik,
apa ni...?” Aisyah terloncat-loncat sambil menyelak kainya paras betis Seekor
pacat melekat di belakang betisnya yang putih gebu itu.
“Laa...
takde mendenya tu.”Balas Mak Limah sambil tersengih-sengih menampakkan
senyumanya. Gelihati melihat gelagat Aisyah bila digigit pacat.Mak Limah tarik
pacat dari betis Aisyah. Maka darah pun meleleh dengan derasnya. Mak Limah
ambil parang dan potong pacat yang sedang menggeliut di atas tanah. Aisyah rasa
geli geleman. Lalu Mak Limah ambil beberapa helai daun senduduk kemudian ramas-
ramaskan sehingga keluar air hijaunya, kemudian ditenyehkan pada kesan gigitan
pacat.
“Kalau nak
berhentikan darah ginilah caranya.” Mak Limah menekan-nekan ramasan daun
senduduk ke betis Aisyah.
“Oh! Ye ke?
Tu dah berhenti darahnya.” Sambil tersenyum Aisyah memandang ke muka Mak Limah.
1
Banyak
pengalaman yang dipelajari sepanjang Aisyah mengajar di sekolah Kampung Pagi.
Mula-mula dia sampai dulu, hatinya berdebar-debar juga.
Mana
tidaknya untuk sampai ke Kampung Pagi, Aisyah terpaksa menaiki perahu panjang
dari jeti Kuala Tahan. Perjalanan memudiki sungai mengambil masa lebih kurang
satu setengah jam.
Hati Aisyah
bagai digoncang ketika berada di dalam perahu panjamg yang teroleng-oleng di atas
permukaan sungai. Bertambah kecut perutnya ketika perahu terlompat-lompat
sewaktu melalui kawasan berjeram di sepanjang Sungai Tembeling.
Terdapat
tujuh jeram untuk sampai ke Kampung Pagi. Selepas Kampung Pagi, ada beberapa
lagi kampung tradisional yang lebih jauh ke pedalaman hulu sungai. Antaranya
ialah Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, kampung Gusai dan Kampung Bukit Mat
Daling. Setiap kampung mempunyai sebuah sekolah kebangsaan. Walaupun jauh di
pedalaman , Aisyah berasa gembira juga kerana hanya ditugaskan untuk mengajar
di Kampung Pagi yang lebih berhampiran dengan Kampung Kuala Tahan.
Manakala di
Kampung Kuala Tahan terletaknya pusat pelancongan Taman Negara yang sudah
termasyhur ke pelosok dunia. Jalanraya pun sudah sampai ke Kampung Kuala Tahan
memudahkan Aisyah untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Matahari
mula meninggi. Jam di tangan Aisyah menunjukkan ke angka sepuluh. Pagi Sabtu
Aisyah tidak mengajar. Dapatlah dia menemani Mak Limah mengutip biji getah.
Guni di
tangan Mak Limah sudah separuh berisi biji getah. Begitu juga bakul yang di
bawa Aisyah hampir separuh dengan biji getah.
“Cukup
dululah ye untuk hari ni, pagi esok kita cari lagi.” Kata Mak Limah sambil
melangkah beriringan dengan Aisyah.
“Baiklah
makcik kalau tak ada program esok kta
cari lagi.” Angguk Aisyah sambil mereka menuju jalan pulang.
2
Sampi di
hadapan tangga rumah Mak Limah berhenti “ tunggu sini dulu nanti makcik ambil
tikar kita minum dulu.” Mak Limah melangkah anak tangga kemudian masuk ke dalam
dan keluar semula dengan membawa segulung tikar mengkuang. Mak Limah hamparkan
tikar mengkuang di bawah pokok belimbing buluh bersebelahan rumahnya. Pokok
belimbing buluh itu rendang dan selalu dijadikan tempat beristirehat. Suasana
di bawah pohon belimbing buluh itu nyaman sesekali angin bayu berhembus.
Mak Limah
keluarkan termos yang berisi air teh o dan mangkuk tingkat yang berisi nasi
goreng kampung dan sedikit pisang goreng. Aisyah bantu Mak limah tuangkan air
dalam cawan plastik dan bukakan penutup mangkuk tingkat berisi pisang goreng.
Mak Limah sendukkan nasi goreng ke dalam pinggan plastik berwarna merah.
“Jemputlah
sarapan , ni semua makcik masak pagi tadi.” Mak Limah capai cawan dan teguk
sedikit air teh o. Aisyah mengangguk-angguk sambil minum dan makan pisang
goreng. Sambil berbual –bual Aisyah memerhati buah-buah belimbing buluh yang lebat bergugus sampai ke
tanah.
Pohon
belimbing buluh memang rendang. Pokoknya nya agak besar lebih kurang sepemeluk.
Buah-buah yang sebesar ibu jari orang
dewasa melekat pada batangnya memang lebat. Banyak juga yang telah jatuh ke
tanah barangkali kerana sudah terlalu masak.
“Lepas kita
jemur biji getah ni nanti bolehlah kita pungut belimbing buluh pula. Dah banyak
sangat yang dah masak ni, sayang juga.” Kata Mak Limah sambil bangkit dari tempat
duduknya sambil mengibas-ngibas selendangnya.
“Makcik nak
buat apa dengan biji getah ni.” Terpinga-pinga Aisyah. Sangkanya Mak Limah nak
buat biji benih untuk semaian.
“Nak buat
asam rom la.” Balas Mak Limah.
“Apa asam
rom tu?” Aisyah masih belum megerti.
“Untuk
dijadikan perisa masakan seperti tempoyak tu. Nanti bila dah siap , Aisyah
rasalah.” Mak Limah dah mengagak bahawa Aisyah belum pernah makan gulai asam
rom.
3
= = =
Suasana
cerah di Kuala Lumpur. Puan Hajar dan suaminya sibuk mengemas dalam dan luar
rumah. Majlis pertunangan anak sulung mereka Aisyah akan berlangsung pada
hujung bulan. Mereka lebih suka membuat persiapan awal supaya aturcaranya lebih teratur dan tidak kelam
kabut di saat-saat akhir. Maklumlah pengalaman pertama untuk menyambut menantu.
“Assalamualaikum
along , apa khabar kat sana?” Puan Hajar menelefon Aisyah dengan menggunakan
telefon bimbitnya. Sememangnya beliau selalu menghubungi anak manjanya itu.
Melepaskan rasa rindu berjauhan.
“Waalaikumussalam
umi, Aisyah sihat walafiat kat sini, umi, walid dan adik sihat ke? Umi buat apa
tu?” Balas Aisyah panjang lebar dengan penuh mesra.
“Kami kat
sini sihat-sihat semuanya. Umi sedang mengemas ni kan hujung bulan ni rombongan
Ikmal nak datang.” Ujar puan Hajar sambil mundar-mandir di ruang tamu rumahnya.
Tidak sabar rasanya untuk bersua dengan
Aisyah kesayanganya itu.
“Ye lah umi
kat kampung ni Aisyah seronok sangat.Ada seorang makcik tu baik sangat dengan
Aisyah, dia ajar Aisyah masak dan ajak Aisyah pergi kebun. Jiran-jiran kat sini
semuanya baik-baik umi.” Jelas Aisyah dengan rasa girang.
“Bagus lah
kalau macam tu, hati- hati kat kampung tu, jaga diri, jangan meninggi diri dan
yang paling utama jangan lupa solat tau. Haaa satu lagi hujung bulan ni balik
awal tau.” Puan Hajar tak henti menasihat agar Aisyah tidak lupa diri.
“Baik lah
umi, Aisyah ingat pesan umi tu, nanti seminggu sebelum rombongan tu datang
Aisyah akan balik Kuala Lumpur.”Sayu suara Aisyah melepaskan kerinduan.
“OK lah bye
...assalamualaikum.” Puan Hajar mengakhiri perbualan.
“Bye...umi
waalaikumussalam, sampaikan salam pada walid dan adik ye.”Aisyah menggenggam
erat telefon bimbitnya sambil air matanya menitis perlahan.
4
= = =
Hari Isnin
hingga Jumaat Aisyah sibuk dengan rutin harianya. Mendidik dan mengajar murid-murid di daerah pedalaman itu. Walaupun
dia baru tiga bulan berada di sekolah itu namun dia sudah dapat menyesuaikan
dirinya dengan keadaan yang serba kekurangan itu. Dia teruja dan seronok dapat
mencurahkan khidmat baktinya kepada murid-murid yang jarang-jarang keluar ke kawasan bandar. Setiap hari Aisyah
menasihati murid-muridnya agar belajar dan berusaha bersungguh-sungguh agar
dapat mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik di masa akan datang.
Waktu
petangnya pula Aisyah memenuhi kegiatan kokurikulum samada dalam kegiatan kelab
dan bersukan. Tak dapatlah dia menemani Mak Limah. Rumah Mak Limah dari sekolah
tidakah jauh sangat lebih kurang lima ratus meter saja. Aisyah mula mengenali
Mak Limah ketika orang tua tu berniaga sayur-sayur kampung di kantin sekolah.
Mak Limah
memang seorang yang peramah. Hampir semua cikgu dan kakitangan di sekolah itu
mengenali Mak Limah. Mana-mana cikgu yng baru mengajar akan dijemput nya ke
rumah. Aisyah mula serasi dan sememangnya dia ingin sangat mengetahui tentang
kehidupan di kampung.